top of page
Search

14th Entry : Postponed Frozen Embrio Transfer

  • Writer: Nabilah Mazalan
    Nabilah Mazalan
  • Apr 18, 2019
  • 2 min read

Assalamualaikum

Sepatutnya bulan ini,cukup-cukup cycle yang diboleh kan untuk memasukkan embrio ke dalam rahim saya.

Tetapi cycle kali ini gagal.😭

Pada hari ke 3 period,26/3/2018,kami pon pergi ke Hospital Kuala Lumpur untuk prosuder scan TVS,seawal jam 6 pagi dah sampai di hospital.

Alhamdulillah,sebab awal,scan saya pon dapat jam 8.30 pagi. Selesai prosuder scan, tujuannya untuk lihat ketebalan uterus(rahim) sesuai tak untuk hari ke 3. Ok lah sesuai sahaja.

Saya di bekal kan ubat untuk tebal kan uterus iaitu ubat Progynova. Ubat ini dimakan 2 biji 3 kali sehari selama lebih kurang 14 hari supaya uterus saya selesa dan boleh terima embrio.



Kami pun pulang ke melaka selepas Selesai semua nya. Bermula la episod makan ubat,hormon dan moody šŸ˜‚, tapi masih boleh di kawal.


Kami perlu datang untuk scan lagi pada 2/4/2019 supaya doktor boleh lihat perkembangan ketebalan uterus saya.

Kali ini, kami bergerak dari Melaka pagi jam 4.30 pagi,tapi tapi tapi keluar dari Melaka jam 6 pagi sebab saya cuai tertinggal kad temujanji di Merlimau. Kesian amin,penat dia, drive jam 4.30 pagi ke Merlimau. Kemudian, bergerak keluar dari tol ayer keroh tu jam 6 pagi. Oleh kerana sudah lewat, kami pon menempuh kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Benda boleh jem, takkan nak clear je kan šŸ˜…šŸ˜ŠšŸ¤¦šŸ¼ā€ā™€ļø.

Tiba di HKL pukul 8.15 pagi..fuhhh..nasib baik sempat,sebab paling lewat letak kad untuk prosuder scan adalah jam 8.30 pagi.

Dah lewat kan,pukul 9.30 pagi baru la dapat jumpa doktor untuk scan. Alhamdulillah uterus saya menebal ikut masa nya, dalam 7.25 mm.

Doktor terang kan yang kalau cantik tebal ini,dan lihat semula hari jumaat, 5/4/2019 ketebalan nya, hari selasa minggu depan, 9/4/2019 dah boleh transfer embrio. Gembira nya kami dengar kabar berita ini. Kepenatan drive pagi-pagi dari melaka terubat la sikit.šŸ’ƒšŸ¼

Selesai prosuder scan,ubat dapat dan tambah lagi,sambung makan lagi sehingga waktu scan pada jumaat nanti.

Jam 11 pagi semua dah settle,kami pon keluar dari HKL, pergi makan, dan balik ke Melaka.


Tiba lah masa hari jumaat,5/4/2019, tarikh penuh debaran, sebab doktor nak cek ketebalan uterus, tahap kesihatan, untuk embrio di masukkan dalam rahim pada 9/4/2019 nanti. Kami tiba awal jam 7 pagi, tunggu giliran saya.

Berdebar nya jantung saya waktu ini,excited sbb dah nak sampai waktu yang kami tunggu-tunggu ini.

Pukul 8.00 pagi,saya dipanggil untuk prosuder scan,doktor pun scan dan tengok ketebalan rahim saya. Sadly and very frustrated,my uterus is not thick as they wanted. Makin mengecil menjadi 6.8 mm, jadi cycle kali ini gagal, it is failed and we are very devastated.😭

Masa doktor scan dan cakap macam ini,saya dah bergenang dah.masih dalam kawalan lagi air mata ini. Tapi selesai scan,doktor terang kan sambil duduk, saya dah nangis la.😭😭😭😭

Doktor explain yang ketebalan uterus kena 10-12.9 mm untuk mempunyai kadar kehamilan yang berjaya.

Di sini saya letak link untuk penerangan mengenai ketebalan dinding uterus(rahim) dalam IVF


https://drnatashanorfertility.com/2016/11/03/lapisan-dinding-rahim-yang-optimum-untuk-implantasi/


Kami balik ke Melaka dengan tangisan dan kekecewaan.

Embrio transfer akan dilakukan selepas bulan puasa, sbb bulan puasa klinik infertiliti di HKL tak beroperasi. Doakan kami berjaya kali ini.

Sekarang ini jam 10 pagi 19/4/2019,kami masih lagi berduka.tapi kami redha.Allah ada perancangan nya,ini yang terbaik untuk kami.

Doakan kami untuk diberi kesihatan mental dan fizikal untuk hadapi ujian dan rezeki ini.

Amin ya rabbal alamin. See you next entry


Lots of love

Amin dan Bella

Ā 
Ā 
Ā 

Comments


©2019 by My Site. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page