top of page
Search

17th Entry : Rezeki ini Rahsia Allah

  • Writer: Nabilah Mazalan
    Nabilah Mazalan
  • Aug 14, 2019
  • 4 min read

Updated: Aug 15, 2019

Penyerahan dan pengharapan pada Allah masih belum kukuh. Itu lah kami.


Two week wait (2ww)



Selepas selesai pemindahan embrio, tempoh dua minggu untuk menunggu pun tiba. Ini lah dua minggu paling lama yang kami rasa.

Persoalan yang bermain di fikiran kami semasa 2ww,

  • Bagaimana simptom fet yang berjaya.

  • Boleh ke nak buat ini, nak buat itu?

  • Boleh tak nak makan ini, makan itu?

  • Nak tidur macam mana? Kena straight saje ke, boleh mengiring ke tak?

  • Macam mana nak buang air, boleh meneran ke tak?

  • Apa simptom fet tak berjaya?

Dan banyak lagi persoalan nya. Semua ni kami google dan baca,mana yang boleh percaya,kami follow,mana yang mengarut,tak usah lah nak ikut.



Ini rentetan setiap hari apa yang saya lalui semasa tempoh dua minggu ini selepas pemindahan embrio.

Hari 1 hingga 9 - kami duduk rehat di rumah sahaja.bukan bed rest,tapi rehat,cuti plus mc untuk sembilan hari

Hari 10 - saya dah mula kerja

Hari 11 - spotting(bleeding) pertama

Hari 12 hingga 14- spotting berterusan

Hari 14 - darah dah makin pekat, sebelum ini tidak.

Hari ke 14-ujian beta hcg


Ini keputusan nya,NOT Pregnant.

Pengalaman pertama untuk permindahan embrio gagal dan memang buat kami kecewa. Rezeki kami, kami redha.

Masa hari ke sebelas,hari pertama spotting,saya dah mula menangis, perkara yang memang kami tak mahu tengok sepanjang tempoh menunggu ini. Tapi amin cakap,its ok,mungkin ini bukan period, kalau period(tidak mengandung) kita kena redha, kita kan dah biasa. Muka amin senyum je, tapi kami tahu masing-masing pendam kesedihan.

Hari ke 11 ini,kami di rumah ibu, masa ini semua balik hujung minggu itu, kami pon kabar kan berita tentang keluar darah itu. Nak juga meleleh depan mata semua orang, tapi masih kewl.😊

Ibu terus panik(as usual), but i understand, she was worried. Ibu suruh saya rehat, jangan jalan-jalan dan jangan buat kerja, saya senyum je.

Lepas maghrib, kami pon pulang ke duyong.

Ibu dan keluarga selalu bertanya kabar, ok tak, macam mana hari ni, macam2 soalan. Jawapan saya, ok je.insyaallah ok. Sayang sangat dengan mereka. 😘


Sambung lagi tentang spotting ini. Kami positif je.Lagi pun,bila baca di google,kes spotting atau period semasa ivf adalah perkara yang biasa(nak tenang kan hati je).

Kami masih lagi tenang,sebab tak keluar darah yang banyak,tambahan pula saya tak sakit perut, tanda-tanda nak period pon bukan. Harap-harap darah implantation je lah.

Rupa nya,jika kita consume ubat iaitu progesterone insert,memang period tak kan keluar banyak. Bila dah berhenti makan, secara automatic, period akan keluar dua tiga hari selepas itu.

Benar,period saya keluar banyak selepas saya stop ubat.


Hari ke 14 sudah tiba. Pagi itu kami ke lab link,makmal yang HKL tetap kan untuk ujian darah. Lab link terletak di jalan pahang juga, tak jauh dari HKL, bertentangan dengan Hospital Tawakkal KPJ. Appointment pada pukul 9 pagi,tapi kami dah tiba jam 8 pagi,sebab nak elak jem, nama pun KL.

Kami pergi sarapan dulu. Pukul 9 pagi, kami dah siap untuk ambil darah, bersedia untuk ujian beta HCG.


Keputusan ujian darah akan dapat seawal jam 11 pagi, menurut kata pegawai di sana.

Kami pon tunggu sahaja di dalam bangunan itu,sambil saya berborak-borak dengan seorang kenalan yang juga buat ujian beta HCG.

Jam 1030 pagi, nama kami dah dipanggil untuk menerima keputusan tersebut.

Hati ini memang berdebar sepanjang masa menunggu itu.

Keputusan nya,saya dan amin buka dan tengok bersama, dan....rezeki kami kali ni juga, masih belum mengandung.

Result beta HCG saya kurang dari 0.6, tidak mengandung.

Masa baca keputusan ini, hati lega sebab debaran kami dah terjawab. Sedih nya ya Allah, sampai tak tahu nak buat apa. Kami berjalan ke kereta dengan kata-kata yang positif, masih tersenyum.


Selesai urusan di Lab Link,kami ke HKL untuk meyerahkan keputusan tersebut pada klinik reproduktif HKL.

Masa di klinik, sementara nak tunggu giliran berjumpa dengan pegawai embriologist, saya dah start menangis. Masih kawal lagi sebab nak jumpa orang kan.


Semasa berjumpa dengan embriologist, pegawai itu terang kan tentang antara sebab-sebab FET tidak berjaya. Penerangan nya

  1. Keadaan embrio yang tidak sempurna, cell ada lubang tetapi masih lagi boleh jdi anak.

  2. Dna(dari sperm dan telur) yang terdapat dalam embrio ini tidak elok. Ini lebih pada kes-kes jika gugur,dna tidak sempurna.

  3. Proses implantation embrio tidak menjadi.

  4. Bed rest bukan penyebab sama ada berjaya atau tidak.

  5. Aktif bukan juga penyebab. Mesti buat rutin biasa, supaya embrio boleh adapt.

  6. Keadaan rahim yang telah tersedia(ini doc dah prepare kan dengan ubat).

  7. Cukup hormon progesterone(juga sudah dibekal kan ubat).


Ini rupa cell embrio kami, sebelah kiri gagal, tinggal dua embrio sahaja lagi.



Kami dinasihat kan untuk

  • Do healthy life style, makan banyak buah,sayur-sayuran dan bersenam secara konsisten.

  • Jaga kesihatan.

  • Elakkan stress di fikiran dan fizikal.

Kami boleh buat next FET selepas cycle period dua kali, iaitu bulan oktober atau selepas itu.


Selesai urusan di klinik, kami bergerak ke Melaka. Sepanjang perjalanan, memang saya menangis dan meraung, Amin biar kn sahaja saya begini.

Saya tak boleh lagi nak jumpa atau bercerita tentang perkara ini dengan sesiapa waktu itu, ibu call pon saya tak angkat phone, sebab tak dapat tenangkan hati lagi. Ibu dan adik wassap,tanya khabar, saya jawab ok je, tapi banjir lah.tak tahu sebenar nya nk jawab apa.

Saya berperap di rumah sampai hari sabtu.


Petang raya patut nya kami ke Bukit Baru, beraya dengan keluarga. Tapi saya tak boleh lagi nak jumpa sesiapa, saya sebenarnya tak sanggup lihat muka simpati orang pada kami, kami lebih sedih. Ibu ayah singgah rumah sekejap sebelum ke Bukit Baru, untuk bekal kan rendang ayam, rendang itik dan ketupat daun palas. Alhamdulillah dapat makan,sedap nya.


Actually, i don’t know how to react at that time, i was very fragile. Saya rasa saya akan terus nangis once saya tengok muka ibu.

Ahad dah hari raya aidil adha, kami ke rumah ibu, nak makan lauk raya dan jumpa ibu ayah. Alhamdulillah saya dah ok. Tapi saya tetap tak boleh cerita banyak dengan ibu tentang kegagalan FET ini. Insyaallah saya akan cerita bila saya dah tenang.


Ada juga yang berkata pada saya, buat ivf di government murah, tu pasal saya aktif dan tak jaga diri. Kalau tak jadi, boleh buat lagi. Memang murah berbandung tempat lain. Tapi penat kami ulang alik melaka kl, itu juga harga yang kami perlu bayar.

This is not about the price, tapi sebab zuriat. Buat ivf di government ini rezeki. Andai rezeki kami buat ivf di swasta, kami akan usaha juga dari segi kewangan.

Saya berdoa Allah bagi ketenangan dan kekuatan untuk hadapi rezeki kali ini.

Alhamdulillah kami masih ada lagi dua embrio, dijangka hujung tahun ini kami akan lalui semula proses pemindahan embrio ini.

Semoga Allah permudah kan dan beri kami rezeki zuriat dari benih kami sendiri kali ini.

Ameen ameen ya rabbal alamin.

Lots of love.

Amin dan Nabilah 




 
 
 

Kommentare


©2019 by My Site. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page