top of page
Search

16th Entry : Frozen Embryo Transfer

  • Writer: Nabilah Mazalan
    Nabilah Mazalan
  • Jul 24, 2019
  • 3 min read

Frozen embrio transfer

Assalamulaikum dan hai,

Hari ni 24 julai 2019, dua embrio kami dah selamat di pindah kan ke dalam rahim saya.

Alhamdulillah semua nya selamat dan prosuder berjalan dengan lancar.



Perkara yang mesti dilakukan sebelum embrio transfer

1. Makan ubat ikut time

2. Insert ubat inside V part ikut time

3. Have a good rest

4. Make sure your body is healthy



Kos untuk FET ialah RM500.

Pagi ini sebelum prosuder, wajib dan kena pastikan full bladder. Mesti penuh dan tahan kencing. Paling crucial.Haha.tahan kencing wei.

Cerita untuk hari ini,sampai je di HKL tepat jam 7.30 pagi,lewat sikit sebab jem lain macam pula hari ini. Alhamdulillah sampai on time.

Masa ini,saya dah penuh kan dah bladder,sampai tak tahan nak kencing.😂

Saya pon minta izin dari nurse nak buang air kecil sbb dah tak tahan. Nurse cakap ok,tapi kena cepat-cepat top up sbb dalam jam lapan pagi,saya dah nak masuk bilik prosuder.

Jadi selepas settle kan hajat kecil saya itu,🤪,saya pon top up 700 ml laju-laju.

Lebih kurang jam 8.15 pagi,nama saya dipanggil untuk masuk bilik OR,bilik yang sama masa buat OPU. Dah la bilik tu sejuk,di suruh nya bawa lagi air in case bladder tak full. Kemain menahan masa ni.

Saya mesti pastikan bladder penuh sampai tak boleh tahan dan minum air banyak,baru condition sesuai utk masukkan embrio. Dah sampai prosedur siap baru boleh kencing.. 😅

Bila bladder dah penuh, saluran jadi lurus dan waktu ini doktor senang nak masukkan embrio nya.

Dah tukar baju, saya pon masuk OR untuk ready for the procedure.

Masuk dalam bilik tu,nurse pon prepare la untuk tunggu doktor masukkan embrio.

Sebelum mula,embriologist datang untuk tunjukkan frozen embrio kami yang dah dicairkan.



Mereka tunjukkan dekar skrin tv rupa bentuk embrio tu dalam bentuk cell la. Tak dapat pula nak ambil gambar,mana boleh kan hihi. Saya minta izin nak pakai spek untuk tengok prosuder tersebut.

Saya tidak diberi bius,memang celik tengok depan mata embrio tu dimasukkan dalam rahim. Masa ini kalau ada Amin,mesti dah nangis,sbb excited.

Our journey dah sampai tahap ini.

Doktor zoom tunjuk mcm mana embrio tu,cair je masuk dalam rahim.

Alhamdulillah tak sakit,dalam 15 minit dah selesai prosuder FET.

Dah selesai,doktor insert kan ubat dalam V terus dan saya diberi rehat dalam 10 minit.

Saya selesai semua urusan dalam jam 930 pagi dan Kami diminta tunggu nurse untuk next appoinment. Jam 10.30 pagi kami dah keluar dari HKL. Saya dapat mc 3 hari. Alhamdulillah dapat berehat.Nurse dan doktor pesan,lalukan sahaja aktiviti macam biasa,tapi kami masih lagi ambil langkah berjaga-jaga. On the way balik dari HKL,kami singgah Aeon Nilai untuk makan.lapar woo.hihi.

Alhamdulillah 8 ogos 2019 kami kena pergi ke Lab Link untuk buat beta hcg untuk pastikan mengandung atau tidak dan tunjuk keputusan beta hcg ke klinik reproduktif pada hari tersebut.

Doakan kami dapat mengandung dengan sihat dan berjaya.

Ameen ameen ya rabbal alameen.


Ada kawan share doa ini.Jumpa di HKL, kebetulan jumpa dan buat FET selepas turn saya.insyaallah kami berdua berjaya mengandung melalui ivf ini.


Doa Agar Terpelihara Anak dalam Kandungan 🤲🏻😊


.

‎اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَ فِى بَطْنِيْ وَاشْفِهِ أَنْتَ شَافٍ لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Ya Allah, peliharalah anakku selama dia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.


‎اللَّهُمَّ صَوِّرْهُ فِى بَطْنِيْ صُورَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيمَانًا بِكَ وَبِرَسُوْلِكَ

Ya Allah, rupakanlah/bentukkanlah dia yang berada di dalam perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah dalam hatinya akan keimanan kepada-Mu dan Rasul-Mu.


‎اللَّهُمَّ اخْرُجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلَادَتِيْ سَهْلًا وَتَسْلِيْمًا

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku, di kala waktu bersalin, dengan mudah dan selamat.


‎اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلًا وَعَاقِلًا حَاذِقًا عَالِمًا عَامِلًا

Ya Allah, jadikanlah dia anak yang sihat, dan berakal, pandai, alim (dan) beramal.


‎اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خُلُقَهُ وَأَفْصِحْ لِسَانَهُ وَأَحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, jadikanlah jasadnya utuh, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya, kurniakanlah lisan yang fasih, kurniakanlah baginya suara yang indah untuk membaca Al Quran dan hadis dengan keberkatan Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wa sallam, dan segala puji bagi Allah.


😊


Dari kami,

Amin dan Nabilah.

 
 
 

Comments


©2019 by My Site. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page