15th Entry : Ini Kali lah!!!
- Nabilah Mazalan
- Jul 24, 2019
- 3 min read
Ini kali lah!!!
Assalamualaikum,
Kalau ikut entry yang lepas,kami menunggu selepas raya untuk buat prosuder FET - ‘frozen embrio transfer’ kerana kitaran sebelum ini hasil nya rahim saya tidak tebal seperti yang sepatut nya,untuk jalani embrio transfer.
Jadi start 9/7/2019, hari pertama period,kami pon set appointment dengan klinik reproduktif,call beritahu nak datang untuk cycle FET kali ni.
Kami datang hari ke 3 period 11/7/2019,pagi-pagi dah tiba di HKL jam 7.20 pagi,kami dah pandai bajet masa sampai KL waktu yang just nice la kata kan(berpengalaman gitew haha). Sampai di klinik tunggu giliran nak jumpa doktor untuk scan TVS.
Jam 8.30 macam tu,dah settle scan. Dapat la ubat untuk tebal kan rahim selama seminggu.Ubat PROGYNOVA ini fungsi nya untuk tebal kan rahim.

Aturan ubat untuk saya,makan dua biji tiga kali sehari,dari hari ke tiga period sehingga hari ke lima period. Hari ke enam sehingga seterus nya,empat biji(banyak wooo) tiga kali sehari.
Saya memang set alarm sbb takut terlepas waktu nak makan ubat(wajib disiplin) sbb nak dapat results yang bagus.
Start la rutin mkn ubat PROGYNOVA dan acid folic setiap hari sehingga next appoinment 17/7/2019.
Masa hari rabu 17/7/2019 ini,doktor scan beritahu yang rahim saya dah tebal jadi 7.3mm(good progress 👍🏼👍🏼👍🏼). Doktor inform sambung makan ubat dan jumpa semula 19/7/2019 nak tengok progress ketebalan rahim untuk FET.
Masa 19/7/2019,hari jumaat ini mmg penuh debaran,sampai di HKL jam 7.16 pagi,klinik buka jam 7.30 pagi. Tunggu untuk scan,jam 8.10 pagi, saya pon masuk jumpa doktor setelah nama di panggil. Doktor scan dan beritahu good progress, rahim saya menebal 8.3mm, Alhamdulillah sebab ketebalan ini range yang cantik untuk FET.
Selesai scan,doktor cantik(gelaran kami) hihi,explain yang FET dah boleh buat hari rabu mnggu depan,24/7/2019,Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Doktor bekal kan ubat untuk kuat kan rahim iaitu ubat UTROGESTON dan PROGYNOVA(sambung makan) untuk 20 hari. Sangat la byk bekalan ubat tu,dan ia percuma,Alhamdulillah terima kasih hospital kerajaan 👍🏼👏🏼👏🏼👏🏼.
Ubat sahaja percuma tau,IVF/ICSI masih lagi self funding😊.
Ubat UTROGESTON(brand) ini ialah progesterone tablet,nak naik kan hormon progesterone, hormon yang diperlukan untuk mengandung,i have to insert the tablet inside the V, two tablets three times a day(fuhh), mencabar 😎.

Ini tambahan cerita sahaja,paling kami suka parts lepas balik dari HKL cari tempat nak makan,kali ini kami ke Family Mart Kajang makan oden,otw nak blk melaka singgah situ. Dan ada juga kami ke Aeon Nilai untuk cari makan.
Aeon nilai ni dkt food court aeon tu sendiri sangat meriah. Amin mmg suka lah,sbb ala-ala jepun makanan nya,banyak pilihan makanan dan bersih,kami suka!

Ini mochi dekat aeon nilai tau.menjadi pilihan husband saya,sedap!
Ok.Back to the business.
Alhamdulillah berkat doa suami, ibu ayah,adik beradik,ahli keluarga dan rakan-rakan,kami dapat buat FET kali ini. Terima kasih ya Allah kerana kurniakan kami rezeki orang-orang sekeliling yang sangat memahami.
Walaupun ada juga makcik-makcik bawang yang tak tahu hujung pangkal cerita buat kami meleleh air mata.
Fyi, saya memang kena kurus,bmi mesti normal sbb kalau bmi tak cantik,saya tak boleh buat prosuder embrio transfer.
Ada la juga rezeki kami kena fire dengan seseorang yang suruh saya ni “eh bella kenapa kurus ni,kurus-kurus tak subur tau,biar montok-montok sikit”. Saya masa ini rasa nak jerit cili-cili je mulut insan ni,tapi saya senyum je ckp “eh yeke kurus?ok2,nnt sy naikkan weight k.”
Ada juga la yang cakap macam ni “Apa susah sekarang ni kan,kalau malas nak buat sex untuk dapat anak,buat je ivf macam ko kan?”. My feeling at this time,What??? Ingat kita nak buat ivf ni sbb malas nak intercourse ke? Aiyooooo🤷🏻♀️
Enough the negative vibes.
Alhamdulillah cycle kali ini dah nak sampai steps terakhir ivf ini. Tinggal hari untuk FET sahaja. Saya cerita tentang FET next entry nanti.
Dari kami yang sayang ibu ayah,adik beradik,keluarga,rakan-rakan dan kenalan
Amin dan Nabilah
Comentários