top of page
Search

3rd Entry : Apa itu IVF dan ICSI serta perbezaan nya.

  • Writer: Nabilah Mazalan
    Nabilah Mazalan
  • Jan 18, 2019
  • 2 min read

Updated: Jan 25, 2019


Apa itu IVF?

IVF ialah in vitro fertilization. IVF ialah dalam ringkasan nya yang biasa disebut oleh kebanyakan orang ialah bayi tabung uji.

Embrio yang terhasil adalah dari pensenyawaan telur dan sperma di luar atau di makmal. Semasa proses pensenyawaan sperma cell akan secara automatik mencari telur untuk dijadikan embrio. info yang lain boleh cari di google ye. ini ayat saya yang paling senang.

Apa itu ICSI?

ICSI ialah Intracytoplasmic sperm injection. ICSI secara ringkas nya sama procedure dengan IVF, besanya cuma lah pada waktu pensenyawaan iaitu satu sel sperma akan dipilih oleh embriologist untuk disenyawakan di luar atau di makmal.


Setelah disenyawakan kemungkinan besar akan dibuat secara langsung transfer embrio tersebut atau dibekukan kemudian akan transfer kemudian. Ini semua bergantung kepada keadaan badan seseorang isteri.


FSH

Semasa proses ivf/icsi di jalan kan , bermula dari hari kedua atau ketiga period iaitu pada waktu heavy flow, pihak hospital atau klinik ivf akan memberi ubat suntikan hormon untuk membenarkan ovari menghasilkan dan membebaskan telur yang matang berbanding biasa.

Suntikan hormon ini akan diberikan selama 12 hari untuk merangsang hormon folikel (FSH) iaitu gonadotrophins dan hormon luteinising (LH).


Setiap wanita yang menerima suntikan hormon ini alami pelbagai reaksi yang berbeza. yang penting hormon berubah bila menerima suntikan ini. Bayang kan kalau hendak PMS pon wanita ini sangat fragile, apatah lagi menerima suntikan hormon. Saya akan ceritakan pengalaman saya kemudian.


Selepas suntikan diberikan selama 12 hari, doktor akan memantau pembesaran dan banyaknya telur yang telah dihasilkan. kebiasaan nya, kematangan telur yang hendak digunakan ialah 17mm hingga 20mm supaya telur yang diambil sesuai untuk disenyawakan.


OPU (Ovum Pick-Up)

Sebelum proses pengeluaran ovum di lakukan , 36 jam sebelum procedure , doktor akan memberikan suntikan Ovidrel (pemecah telur). Suntikan ini sangat penting hendaklah dilakukan tepat pada waktu nya. contohnya, jadual OPU adalah pada 8.30 pagi, jadi suntikan ovidrel hendaklan dibuat pada 8.30 malam 2 hari sebelum proses OPU.

Procedure yang dijalan kan ini kebiasaan nya di lakukan dalam keadaan isteri dibius dan separa sedar mengikut dos ubat bius yang akan diberi pada waktu procedure dijalankan.

ovum akan di ambil di bahagian ovari menggunakan alatan khas.


Pengumpulan Sperma

Semasa isteri menjalani proses OPU, ovum dikeluarkan dari ovari, suami hendaklah mengeluarkan sperma pada hari yang sama. ini bertujuan untuk mencantumkan sperma suami dan ovum isteri pada hari yang sama untuk lihat tahap hidup embrio tersebut.


Pensenyawaan dan embrio transfer

Sperma dan telur yang matang akan digabungkan di dalam makmal oleh embriologist dan dibiarkan selama satu hari.

Telur dan sperma yang telah disenyawakan di panggil embrio. biasanya embrio yang paling sihat, terdapat gred akan dipindahkan bermula dari hari kedua hingga hari kelima selepas pensenyawaan. ini bergantung kepada kesihatan uteres si isteri. jika doktor cek uteras atau keadaan isteri tidak boleh menjalankan fresh transfer, semua embrio itu akan dibekukan dan dipindahkan selepas 2 kali cycle period.


Share with love,


Amin dan Bella


 
 
 

Comentários


©2019 by My Site. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page