top of page
Search

4th Entry : Ujian Hormon (Journey to IVF/ICSI)

  • Writer: Nabilah Mazalan
    Nabilah Mazalan
  • Jan 17, 2019
  • 1 min read

Updated: Jan 25, 2019

Saya akan teruskan dengan proses ivf sahaja kerana usaha kami sebelum ini hanyalah usaha secara semulajadi tanpa bantuan ubat subur atau sebagai nya.

Kami hanya menjalani hidup yang sihat, makan makanan yang sihat dan cuba untuk bersenam dua kali seminggu.

Syarat utmam untuk menjalani IVF, pasangan hendaklah sihat dari segi fizikal, bmi di paras normal.

Selepas menjalani pembedahan untuk membuang tube kiri saya, kami ada rawatan susulan di hospital besar melaka.

Beberapa procedure telah dibuat untuk persediaan menghadapi IVF ini :

1. Ujian darah suami dan isteri.

2. Ujian darah isteri pada hari pertama period Day1.

3. Ujian darah isteri pada hari ke 21 period Day21 - melihat paras hormon progesteron.

4. Ujian HIV untuk suami dan isteri.

5. Ujian kesuburan sperm suami - suami isteri tidak boleh bersama sekurang-kurangnya 5-7 hari .

Kesemua keputusan ujian-ujian hormon ini akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk di diagnosis oleh pakar-pakar inferteliti di sana.

Alhamdulillah, kami telah dapat appointment pertama pada 12 Disember 2018.





Siapkan diri untuk menerima banyak jarum. hugsss


 
 
 

Comments


©2019 by My Site. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page