top of page
Search

2nd Entry : 2018 dan Kesedihan

  • Writer: Nabilah Mazalan
    Nabilah Mazalan
  • Jan 17, 2019
  • 3 min read

Updated: Jan 25, 2019

Selepas kedua-dua tube saya telah tiada kerana mengandung luar rahim, saya telah mengalami kesedihan dan kemurungan.

Bayangkan masa ini, nak puasa dan raya, marah betul saya pada Allah, astaghfirlahalazim, tak baik saya macam ini, tapi sewaktu itu lah.

Masa puasa, mengaji, puasa , solat tapi tiada pengisian, kosong je. mujur lah kami duduk di rumah ibu ayah selepas peristiwa itu, adalah teman dan keluarga beri sokongan.

Setiap malam saya menangis memikirkan tentang ketidaksuburan saya sebab tak dapat beri zuriat pada Amin, kesian Amin, dia sangat suka kanak-kanak, kalau tengok Amin dan anak buah, memang lah asyik jadi uncle favourite mereka.

Saya salah kan diri saya yang tiada nasib yang baik, marah, sedih dan meraung-raung.

Amin lah yang selalu pujuk saya. Tambahan pula pada waktu itu rakan baik saya telah dapat anak pertama, baru je kahwin tak sampai setahun, luluh hati kami waktu ini, kalau cerita dengan orang, memang dalam hati ini nangis je.

Sampai lah satu hari, mungkin Amin dah fed-up dengan sikap saya yang tak redha ini, dia cakap "Kalau macam ini lah perangai, asyik nak salah kan diri sendiri, tak payah lah hidup, takde agama ke asyik nak tolak qada'dan qadar Allah"", sambil menjerit juga Amin pada saya.

Saya tersenyap dan mula fikir, tak nak lagi saya fikir kan tentang kemarahan Amin, takut juga saya.

Ini berlaku malam hari di rumah kami, dah habis cuti raya dah masa ni.

Esok pagi bangun tidur dengan mata bengkak, saya pon minta maaf pada Amin, dan mula saya baca Al-quran dan terjemahan nya.

Hati saya masih lagi marah, tapi beransur pulih. Alhamdulillah, dengan baca Al-Quran dan solat sunat saya mula berubah dan kurang sedih.

Memang benar, kalau kita letak pengharapan sepenuh nya pada Allah, tiada apa halangan yang boleh buat kita lemah.

Tidak terbendung rasa di hati ini setiap kali teringat peristiwa ini.

Pada waktu disahkan mengandung dengan hanya tinggal satu sahaja tube di belah kiri adalah satu rahmat bagi kami pada 2018. Dengan harapan, kemungkinan besar untuk mendapat kandungan di luar rahim kali kedua tidak berlaku. Kami masih lagi boleh mengandung jika hanya ada satu tube sahaja kerana pensenyawaan tetap berlaku. Jangkaan kami meleset.

Allah sudah tetap kan bahawa kami antara insan terpilih untuk mendapat kandungan luar rahim kali kedua.

Allahuakbar, tersungkur kami tatkala doktor sah kan tentang kandungan kami yang kemungkinan besar adalah kandungan luar rahim.


Second Ectopic Pregnancy

Chronology ectopic pregnancy nabilah dan amin. Saya disahkan mengandung pada weeks6,tp ms hari jumaat(20/4/2018) keluar spotted coklat,

Kami pergi klinik liu vincent dkt ayer keroh utk scan.tp tak nmpk sac tu. Doc vincent suspect kandungan gugur atau ektopik(luar rahim),jumaat tu buat ujian pregnant pakai darah,result nya mlm jumaat tu dpt,mmg pregnant tp Doc pelik kenapa tak nmpk sac.

So sabtu (21/4/2018) pagi,repeat scan dr bwh(TVS) dgn Doc vincent,Doc bgtau mcm ada ektopik.Doc bg option dan kami request utk mkn ubat gugur kan je kandungan tu since mmg tak jadi sbb nk save kan tube kiri sy.

Sy mmg tinggal tube kiri je-dah remove tube kanan (ektopik in 2012).doc suruh dtg hr isnin utk procedure makan/inject ubat gugur. Tp ahad(22/4/2018) pg,dlm pukul 3 pagi sy skt perut sgt,dah suspect something wrong with my kandungan.

Terus pukul 4 pagi ke hospital pantai,request for Doc vincent.ingt kn Doc vincent boleh selamat kn tube kiri tu,but Doc bgtau klu dah skt mmg tak boleh la save kan.

So kami decide terus ke GH melaka.dkt GH after scan from vagina,mmg sah ada ektopik tp tak lg pecah smpi tutup rahim. Menangis lagi saya.

Doc dkt GH pon mula2 nk buat operate utk save kan tube tu,mcm korek2 tempat yg kandungan tu menempel(kami pon lega since dr dah jnji nk selamatkan).

Dah masuk operation room dah,doc call again,ini head doc yg bgtau,klu save pon the tube,tube tu akan ada scar n luka,kemudian hari akan ada infection n renyah nk jg dalaman tu,ektopik will be repeat again klu sy pregnant lg,so dia advice n decide utk remove the left tube pula. Kami pon redha je la,since mmg itu yg terbaik. So pukul 830 msk operation room utk remove the left tube. Pukul 11 keluar operation room dan duduk dekat wad. Sy boleh pregnant tp hanya dgn ivf shj lps ni.



Lots of Love,

Amin dan Bella



 
 
 

Comments


©2019 by My Site. Proudly created with Wix.com

  • facebook
  • twitter
  • linkedin
bottom of page