8th Entry : Pembesaran Telur
- Nabilah Mazalan
- Jan 18, 2019
- 2 min read
Updated: Jan 25, 2019
4 January 2018
Setelah 8 hari berturut-turut Amin jadi nurse untuk cucuk perut bagi telur banyak, hari ini kami kembali semula ke HKL untuk scan TVS (scan dari vagina ), untuk tengok perkembangan folikel itu.
Alhamdulillah, subhanallah, banyak dan besar juga telur saya, sebelah kanan, ada 1 size 15mm dan 8 bawah 10mm, belah kiri 1 size 16mm dan 4 bawah 10mm. Yang diperlukan adalah telur sebesar 18mm ke 20mm untuk pickup, ini sudah matang la. Tapi oleh kerana belum lagi masa untuk ovum pick up, kami dapat tambahan ubat dan puregon di teruskan.
Perjumpaan kali ini ubat ditambah iaitu ubat Cetrotide, tujuan ubat ini supaya telur tersebut tidak pecah untuk dapat kan masa proses ovum pick up.
Ubat-ubat ini mesti dan wajib masuk dalam ice box, punya lah kampung kami ini,kuikui kami mmg bawa bekas polisterin itu sahaja. Tengok patient yang lain hebat-hebat ice box nya, kami punya je yang pakai foam polisterin tu, sejak 1st day procedure tu kami mmg dah bawa.
Ubat-ubat ini hendaklah disimpan dalam peti ais, bukan freezer tau, fragile tau, kalau rosak, pihak hospital tidak akan ganti, kena lah beli sendiri dekat luar, mahal. sampai beribu-ribu.
Bekalan ubat cetrotide dan puregon dibekal kan dalam 5 hari lagi. Pagi tu, pharmacist dah buat dan cucukkan untuk saya.
Tak tahu lah effect ubat atau perut masuk angin, immediately saya sakit kepala.
Dah settle scan, ambil ubat, penerangan tentang ubat oleh pharmacist lebih kurang pukul 10 dah habis.
Jadi kami pon pulang kan ke Melaka bawa ice box yang foam itu, dah la tutup seletop tepi tu.
Kami ada ice box yang cantik, cool box tapi size nya kecil sedikit, nak beli sampai ratus-ratus harga nya, jadi end up pinjam faiz(adik) punya je lah, Jimat!hihi
Ok, Jumpa next entry
Love,
Amin dan Bella

Love,
Amin dan Bella
Hai