7th Entry : Journey Begin
- Nabilah Mazalan
- Jan 18, 2019
- 3 min read
Updated: Jan 25, 2019
Alhamdulillah rezeki kami, tak sampai sebulan, klinik infertiliti di HKL call untuk start the procedure , cepat pula kami dapat.
Kan hari tu nurse and doc bgtau dlm 2 bulan after doc pakar bincang,baru akan decide bila tarikh kami start ivf kan. Rezeki kami sgt,nurse call masa 26/12 bgtau dah boleh start 1st treatment dah,rezeki again,mmg 26/12 adalah cd1,jadi nurse suruh dtg 28/12 which is cd3,terkejut sbb tak jangka sangat awal,alhamdulillah rezeki kami. So hari rabu tu juga,ambil cuti,plan nk tdo mana lps kerja hari khamis tu,tdo rawang la kali ni sbb kene drive ke hkl,xleh naik public transport,waktu ini kene bwk cooler box dah,nak ambil ubat. So,khamis ptg lps kerja,pergi rumah ibu dkt durian tunggal nk pnjm kereta ayah,lps mghrib kami pon gerak ke rawang,tujuan nk tdo n tmpng shj. Seawal jam 445 pg dah bgn,utk siap2 ke hkl,nk elak jem dan apoinment utk tvs pon pukul 730 pg. Lps siap2,pukul 530 am dah keluar rumah gerak ke hkl dan tiba dkt sana jam 615,kene parking dkt parking bertingkat je tau,rezeki dtg awal,dpt parking dkt aras g,bertentangan dgn hsptl bersalin itu. So lps parking,amin pon pergi cari surau solat,dlm hsptl bersalin ada surau,kami pon tggu dpn klinik infertility waktu ni(7 am). Smpi dpn pintu klinik,kami ltk kad temujanji dlm bakul.staff semua belum smpi,masa ni dah ada seorang pesakit dah tggu.ingt kita awal,rupanya ada lebih awal. Masa tggu kami dah kene bawa cooler bag,eh,ktrg xde cooler box yg canggih,pakai jenis foam je(org kampung melaka sgt) hahaha.sbnrnya,foam adalah paling baik banding dgn cooler box yg canggil2 tu tau. So 730 am,kami yg pesakit(perempuan la) kene tggu dlm bilik comel klinik infertility. So tggu je la utk nurse panggil buat tvs.klinik akn settle kn scan utk iui dulu sbb ivf kene tggu doc pakar,tp iui nurse boleh handle dah. Alhamdulillah jam 830 saya dah di scan(tvs la) utk cek follicle brp belah kanan dan kiri.dah la tgh heavy period(mmg nak scan waktu ni),period tu hbs kene kain alas nya.tmpt scan tu ada kerusi yg boleh adjust badan dan kaki(canggih la),waktu ni rasa cool sgt sbb canggih kerusi tu,xpenah jmp lg,even masa scan dkt tmpt private,scan tvs baring atas katil je,tp tvs dkt hkl ni ada kerusi khas 😊. So lps scan,ada 6 follicle belah kanan,5 follicle belah kiri.nurse bgtau mcm ada fibroid,tp kecil je dan tak serious pon(maybe tu period je). After scan settle,keluar dari blk scan,terus pergi toilet sbb dah stain.balik dari toilet,masuk semula bilik tu dan nurse panggl utk tgk kotak cooler tu.kami pon masuk tnjk foam box tu,dan nurse suruh beli ice separuh dari box,utk kekal kan sejuk nk bwk blk melaka kan. Kami pon keluar ke kantin which is opposite hsptl bersalin je(pny la pusing jauh hahaha),beli ice setengaj kotak rm2 shj,dan bawa semula ke bilik nurse td. Smpi bilik tu semula,tnjk nurse ice tu,dia ckp ok dan tggu skjp utk bg explain about ubat dan fee. Tak lama lps tu,nurse panggil semula utk bg borang utk ubat dan fee. Doc prescribe puregon utk kami. Nurse bg arahan utk ambil unat dkt farmasi,dlm bangunan tu je,sekaligus jalan ke bhg masukan wad untuk bayar rm850(ini dah inform masa kaunseling). Lps dah ambil ubat dan byr,masuk semula dkt klinik infertility jmp nurse tnjk ubat. Nurse inform utk tggu sbb nak ajar cmne nk cucuk ubat dkt perut. Kami pon tggu nurse dlm bilik kecil(sebelah klinik infertility-bilik masa kaunseling 12/12 hari tu). Nurse pon bg pen injection,kene letak deposit rm20,nnt dah settle semua,pulang kan pen,nnt mereka pulang kan rm20 tu. Dlm blk ni,nurse pon tnjk cara nk guna dan cucuk. Kami video kan cara2 nya,supaya tak lupa. So officially amin jadi nurse la pasni.hahaha Nurse pon tnjk demo cucuk sbb cd3 mmg dah start cucuk puregon tu(FSH),untuk bg eggs besar dan gemok dan bg jadual utk pakai cmne pasni. Baik nya nurse situ,dia kira kan brp byk nk cucuk,dan kene bukak kotak baru bila,ada jadual nya(kagum ngn baik nya mereka).saya di suruh utk guna 225ml setiap kali cucuk,straight utk 8 hari,dpt 4 kotak puregon(400ml setiap kotak).kene cucuk jam 630am setiap hari smpi 8 hari. Nnt sy tnjk gmbr judual tu. Alhamdulillah proses semua settle dlm jam 10 pagi,kami pon cepat2 ke kereta utk gerak ke melaka-nak elak jem.maklum la jalan pahang kan. Kami pon brunch dkt nilai,smpi melaka jam 1150 pg. Alhamdulillah settle 1st treatment,doa semoga saya sihat semua nya.


Huggs and Love,
Amin dan bella
Comments