6th Entry : Kos Rawatan IVF/ICSI di Hospital Kerajaan
- Nabilah Mazalan
- Jan 18, 2019
- 1 min read
Updated: Jan 25, 2019

Semasa sesi kaunseling, kami juga diterangkan tentang kos rawatan yang akan di jalankan di sini. oleh kerana option kami hanyalah IVF, jadi direct kepada kaunseling IVF.
Total semua ini lebih kurang RM3000++, yang procedure Oocyute Pick-Up pilihan sama ada IVF atau ICSI, dan HKL terus buat ICSI shj, chances lebih tinggi katanya.
Semasa sesi kaunseling nurse terangkan yang sediakan lah lebih kurang RM5000 , biar lebih jangan kurang.
Alhamdulillah, kos ini masih dalam range yang kami target berbanding jika buat ICSI di hospital atau klinik swasta yang menelan belanja hampir RM20k.
Peluang dan rezeki ini takkan kami sia-sia kan, pesanan nurse supaya jaga kesihatan dan jalani kehidupan yang sihat paling kami ingat. Fokus dan doa banyak-banyak dipermudah kan.
Sehingga waktu ini, kami selalu berhubung dengan rakan kami yang telah berjaya mendapatkan anak melalui proses IVF, minta tips dan tanya pengalaman serta share maklumat dan pengalaman kami juga.
Bayaran ini bukan segedebuk tau, bayar ikut prosedur yang mana dijalan kan pada hari itu, macam 1st procedure bayar RM850.
Jadi, mari kumpul duit, siapkan diri untuk proses seterusnya.
Bayaran ini tak semesti nya cash, boleh guna debit card dan credit card, jangan risau bawa duit cash banyak-banyak.
So, mana-mana yang tak sempat kumpul duit, boleh guna kredit kad, standby la utk ini.
Aminn..mudahan Allah mudah kan urusan kami.
Lots of Love,
Amin dan Nabilah
Comments