11th Entry : Ovum Pick Up
- Nabilah Mazalan
- Jan 18, 2019
- 2 min read
Updated: Jan 25, 2019
10 january 2018
Hari ini, seawal jam 6.15 pagi dah ada di HKL, solat, get ready dan check in ward. Even though saya entitled untuk dapat wad 1st class, tapi sudah penuh, jadi saya dapat lah wad 3rd class, its ok, layan kan ajer.
Dah daftar, dapat bilik,naik lah ke tingkat satu, masuk je wad, kena tukar baju dahulu, dan terus ke katil. Amin teman sampai la settle semua. Amin pon kena turun ke klinik infertiliti tu sebab nak jalan kan procedure pengeluaran sperm. Saya pon take a nap la sekejap sebab nak tggu pukul 9.30 pagi tu lama lagi.
Beberapa persediaan sebelum OPU.
Steps sebelum OPU
1. Ambil suntikan HCG 36 jam sebelum,tepat-tepat.
2. Berpuasa sekurang-kurangnya 6-8 jam sebelum procedure (last sy makan hendaklah jam 2 pagi, dan boleh minum air masak shj smpi jam 6 pagi)
3. Hadir bersama suami sebab suami nak buat sperm procedure .
4. Masuk ke wad pada hari procedure sebelum jam 7 pagi.
5. Pastikan bladder kosong.
6. Tidak dibenarkan pakai barang kemas, solekan, minyak wangi , deoderan dan pewarna kuku.
7. Bayaran RM1600 (cash,debit atau credit card )
Jam 8.30 pagi, nurse dah datang bawa saya ke klinik semula utk buat operation procedure for OOCYTE RETRIEVAL /Ovum pick up.
Sebelah klinik je ada operation room, canggih la HKL ini walaupon kecil je klinik nya.
Dalam tu, saya pon kena tukar baju dan masuk dlm bilik tu, start dgn dapat bius jalm 9.00 pg , entah kenapa patut nya saya separa sedar, tapi saya tidur dengan nyenyak nya, perut saya memang la sangat sakit, macam mengandung dua bulan membulat nya, jadi saya pon tidur dan selesai procedure tu jam 10 pagi, saya dikejut kan oleh staff nurse yang OPU saya dah selamat dijalankan.
Saya pon dah sedar dan tiada komplikasi, dibawa naik semula dengan ke wad, untuk rehat sampai waktu petang. Saya dah lapar, saya pun minta tolong amin belikan milo dan buah untuk alas perut sebelum dapat makanan pukul 12 tghari.
Sempat saya tanya nurse berapa telur dapat, katanya dapt 21 telur. MasyaAllah, banyak nya padan lah perut saya sakit dan tak boleh buat fresh transfer.Saya redha.
Owh, telur yang byk tak penting ye, yang penting kualiti telur itu, harap nya banyak lah yang dapat freeze, target kami dapat 4 hingga 7 embrio yang sihat dan kualiti la.
Saya diberi MC selama 2 hari, khamis dan jumaat, dan rehat di rumah sampai hari ahad.
Hari isnin, 14 January ke HKL semula untuk post check up OPU.
Petang nya jam 4 petang kami dah discharge dah, kan daycare je.balik la ke rumah dalam terhenjut2 sebab sakit kene OPU. hugggss
Insyaallah kami sihat untuk ulang alik Melaka KL ini.
Loves,
Amin dan Bella



Thanks