10th Entry : Besar dan Matang?
- Nabilah Mazalan
- Jan 18, 2019
- 3 min read
Updated: Jan 25, 2019

8 January 2018
Ini adalah perjumpaan untuk scan sama ada telur saya membesar dengan jayanya atau tidak. Pagi-pagi kami dah gerak dari rawang untuk ke HKL-macam biasa sampai jam 6.15 pagi, solat, siap-siap, letak kad dalam bakul depan pintu klinik, dan tunggu pukul 7.30 pagi.
Berdebar tunggu nak scan, telur kecil ke, telur tak banyak ke, telur pecah ke, semua persoalan la keluar, sambil tggu sambil makan biskut kering, takut lapar.
So dah pukul 7.30 pagi, masuk dalam klinik, dan tunggu nama untuk dipanggil scan.
Untuk IVF, doktor pakar yang akan scan dan cek, sbb doc yang akan tentukan sama ada dah sesuai belum telur kita, uteras dah tebal atau tidak, dan kesihatan rahim kita itu.
Dalam jam 8 pagi, saya pon dipanggil untuk scan, masa scan, start je doc terus bgtau, wah banyak nya. saya dah senyum dah, tapi saya dengar "cannot fresh, must FET like this". Ada 3 orang doktor pakar masa scan saya tu untuk lihat progress telur-telur saya (macam ayam pulak rasa nya)..hihi
Mereka ambil dan kira banyak serta kebesaran telur saya. Ada lebih kurang 12 belah kanan dan 8 belah kiri.
Settle scan, saya duduk dan consult with the three doctors. Mereka explain pada saya yang risiko untuk dapat OSHH sgt besar sebab telur saya sangat banyak.normally 8 je jumlah kiri dan kanan. They decide to freeze all our embryo and wait another two period cycle to do the transfer embryo procedure.
Saya masa ni tak tahu nak react apa, sbb sedih lah, ingt kan dapat lah mengandung bulan satu ni, tapi tak dapat juga, so kena lah tuggu.
The doctors also inform if i am pregnant this cycle, the baby will not survive-miscarriage or period. Disebabkan doc yang lebih arif, saya pon redha la.
Jadi saya akan jalani procedure untuk ovum pick up 2 hari selepas ini iaitu pada 10 January jam 9.30 pagi.
Hari ini rapuh juga hati saya, tapi ada hikmah ini, positif kan diri untuk terima semua ketentuan Allah ini. Sabar sabar sabar.
Selepas habis consultation with the doctors, kami kena beli ye, bukan free, ubat suntikan Decapeptyl injection in IVF/Ovidrel sebagai pemcah telur untuk proses OPU tu, tepat 36 jam sebelum iaitu malam ini jam 9.30 mlm.
Dah beli ubat ini - harga dalam RM120(boleh byr cash,denit atau credit card) dari farmasi HUKM, dalam HKL je,kena jalan kaki sikit dalam 800 meter bawa box kami yang foam tu, amin la kesian kena bawa with the ice loaded dalam tu, berat juga,pulang semula ke klinik OnG, dalam bangunan Hospital Bersalin tu jga, dan tggu untuk explaination dari pakar bius utk procedure hari kahmis ini.
Dekat sini tggu sangat lah lama sampai pukul 12 tghari, klinik OnG sangat lah ramai orang, sbb wanita yang mengandung semua cek dekat sini.
Dah jumpa pakar bius dan diterangkan tentang procedure nya, kami pon pulang.
Oleh kerana hari khamis saya akan warded daycare,so kami decide untuk stay di rawang dan rehat hari rabu dan tidak pulang ke melaka. Letih juga ulang alik. Perut saya juga sakit sbb hormon stimulte tu kan, so tak selesa sangat, maka nya rest shj lah di rumah.
Semasa perjalanan pulang, dalam kereta, saya menangis teruk sebab sedih tak dapat buat fresh transfer cycle ini.Amin pon biarkan je la bini dia ni. faktor hormon pon ye...uwaaa..hormon terlebih, segalanya sensitif.
Best nya cucuk hormon ni, ur skin will be glow, mmg beza. yang tak best nya perut buncit..hihi
Lots of love,
Amin dan Bella


Commenti